بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Jumat, 16 Agustus 2013

KISAH SEORANG LELAKI TIDAK PERNAH BERSHOLAWAT KEPADA RASULLAH SAW !!!


Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak 

menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau 

marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa 

engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku 

tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, 

bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau 

mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak 

mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca sholawat. Padahal 

aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan sholawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan 


membaca sholawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi 

bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau 

dan aku syafaati engkau."

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠﻰَ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪِ، ﺍﻟْﻔَﺎﺗِﺢِ ﻟِﻤَﺎ ﺃُﻏْﻠِﻖَ ﻭَﺍﻟْﺨَﺎﺗِﻢِ ﻟِﻤَﺎ ﺳَﺒَﻖَ، ﻧَﺎﺻِﺮِ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﺑِﺎﻟْﺤَﻖِّ، ﻭَﺍﻟْﻬَﺎﺩِﻱ ﺇِﻟَﻰ ﺻِﺮَﺍﻃِﻚَ
ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢِ ﻭَﻋَﻠﻰَ ﺁﻟِﻪِ ﺣَﻖَّ ﻗَﺪْﺭِﻩِ ﻭَﻣِﻘْﺪَﺍﺭِﻩِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴْﻢِ .

Tidak ada komentar:

Posting Komentar